Thursday
THE ACEH CODE
Hasil penelitian Tan Sri Dato' Sri Sanusi Junid
Mantan Presiden UIAM, Menteri Besar Kedah, Meteri Pertanian, Menteri Luar Bandar,dan Menteri Kemajuan Wilayah
TRANSLITERASI MANUSKRIP DARI KERAJAAN ISLAM ACEH BANDAR DARUSSALAM
KEWAJIBAN RAKYAT KERAJAAN ISLAM ACEH BANDAR DARUSSALAM
Bismillahirrahmanirrahim
Amma ba’du
Maka inilah pohon kerajaan Aceh Bandar Darussalam.
Mulai terdiri Kerajaan Aceh Bandar Darussalam iaitu pada tahun 913 Hijriah pada tanggal 12 Rabi’ul Awwal hari Ahad;
Atas nama yang berbangsawan bangsa Aceh iaitu Paduka Seri Sultan Alauddin Johan Ali Ibrahim Mughayat Syah Johan Berdaulat.
Maka pohon kerajaan mulai tersusun oleh yang berbangsawan tersebut hingga sampai pada kerajaan puteranya yang kuat iaitu Paduka Seri Sultan Alauddin Mahmud Al-Qahhar Ali Riayat Syah;
Kemudian hingga sampai pada masa kerajaan cicitnya iaitu Raja yang lang-gemilang gagah perkasa yang masyhur al-mulaqab Paduka Seri Sultan Al-Mukarram Sultan Alauddin Mahkota Alam Iskandar Muda Perkasa Alam Syah Johan Berdaulat Zilullah Fil Alam;
Iaitu telah ijmak keputusan sabda muafakat Kerajaan Aceh Bandar Darussalam beserta alim ulamak dan hulubalang dan menteri-menteri;
Iaitu telah ditetapkan dia dan telah didaftarkan dan iaitu dengan sahih sah dan muktamad dengan memberitahu dan diperintahkan dia dengan mengikut dan menurut menjalankan dan melaksanakan oleh seluruh pegawai-pegawai Kerajaan Aceh Bandar Darussalam dan jajahan takluknya iaitu diwajib kifayahkan diatas seluruh rakyat Aceh Bandar Darussalam dan jajahan takluknya.
Bahawasanya kita semuanya satu negeri bernama Aceh dan berbangsa Aceh dan berbahasa Aceh dan kerajaan Aceh dan alam Aceh;
Yakni satu negeri satu bangsa dan satu kerajaan dan satu alam dan satu agama yakni Islam dengan mengikut syariah Nabi Muhammad SAW;
Atas jalan ahlu-Sunnah wal Jamaah dengan mengambil hukum daripada Qur’an dan Hadis Nabi dan qias dan ijmak ulamak ahlu-sunnah wal jamah;
Dengan hukum dengan adat dengan resam dengan kanun iaitu syarak Allah dan syarak Rasulullah dan syarak kami;
Bernaung dibawah Alam Mirah Cap Peudeung lukisan warna putih yang berlindung dibawah panji-panji Syariat Nabi Muhammad SAW;
Dari dunia sampai ke akhirat dalam dunia ini sepanjang masa:
1. Pertama diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh yang lelaki lagi mukallaf dan bukan gila iaitu hendaklah membawa senjata ke mana-mana pergi berjalan siang-malam iaitu pedang atau sikin panjang atau sekurang-kurangnya rincong tiap-tiap yang bernama senjata
2. Kedua tiap-tiap rakyat mendirikan rumah atau masjid atau baleeh-baleeh atau menasah maka pada tiap-tiap tihang di atas puting di bawah bara hendaklah dipakai kain merah dan putih sedikit yakni kain putih
3. Ketiga diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh iaitu bertani utama lada dan barang sebagainya
4. Keempat diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh mengajar dan belajar pandai emas dan pandai besi dan pandai tembaga beserta ukiran bunga-bungaan
5. Kelima diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh yang perempuan iaitu mengajar dan belajar membikin tepun (tenun) bikin kain sutera dan kain benang dan menjaid dan menyulam dan melukis bunga-bunga pada kain pakaian dan barang sebagainya
6. Keenam diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar jual-beli dalam negeri dan luar negeri dengan bangsa asing
7. Ketujuh diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar ilmu kebal
8. Kedelapan diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh yang laki-laki mulai taklif syarak umur lima belas tahun belajar dan mengajar main senjata dengan penekar silek dan barang sebagainya
9. Kesembilan diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh dengan wajib ain belajar dan mengajar ilmu agama Islam syariah Nabi Muhammad SAW atas almariq (berpakaian) mazhab ahlu-sunnah wal jamaah r.ah ajmain
10. Kesepuluh diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh menjauhkan diri daripada belajar dan mengajar ilmu kaum tujuh puluh dua yang di luar ahli sunnah wal jamaah r.ah ajmain
11. Kesebelas sekalian hukum syarak yang dalam negeri Aceh diwajibkan memegang atas jalan Mazhab Imam Syafi’i r.a di dalam sekalian hal ehwal hukum syarak syariat Nabi Muhammad SAW. Maka mazhab yang tiga itu apabila mudarat maka dibolehkan dengan cukup syartan (syarat). Maka dalam negeri Aceh yang sahih-sah muktamad memegang kepada Mazhab Syafi’i yang jadid
12. Keduabelas sekalian zakat dan fitrah di dalam negeri Aceh tidak boleh pindah dan tidak diambil untuk buat bikin masjid-masjid dan balee-balee dan menasah-menasah maka zakat dan fitrah itu hendaklah dibahagi lapan bahagian ada yang mustahak menerimanya masing-masing daerah pada tiap-tiap kampung maka janganlah sekali-kali tuan-tuan zalim merampas zakat dan fitrah hak milik yang mustahak dibahagi lapan
13. Yang ketigabelas diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh membantu kerajaan berupa apapun apabila fardhu sampai waktu datang meminta bantu
14. Keempatbelas diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar mengukir kayu-kayu dengan tulisan dan bunga-bungaan dan mencetak batu-batu dengan berapa banyak pasir dan tanah liat dan kapur dan air kulit dan tanah rata yang ditembok serta batu-batu karang dihancur semuanya dan tanah di ayak itulah adanya
15. Kelimabelas diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar Indang Mas dumna-dumna tempatnya dalam negeri
16. Keenambelas diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh memelihara ternakan seperti kerbau dan sapi dan kambing dan itik dan ayam tiap-tiap yang halal dalam syarak agama Islam yang ada memberi manfaat pada umat manusia diambil ubat
17. Ketujuhbelas diwajibkan keatas sekalian rakyat Aceh mengerjakan khanduri Maulud akan Nabi SAW, tiga bulan sepuluh hari waktunya supaya dapat menyambung silaturrahmi kampung dengan kampung datang mendatangi kunjung mengunjung ganti-berganti makan khanduri maulut
18. Kedepalanbelas diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh bahawa hendaklah pada tiap-tiap tahun mengadakan Khanduri Laut iaitu dibawah perintah Amirul Bah yakni Panglima Laot
19. Kesembilanbelas diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh mengerjakan Khanduri Blang pada tiap-tiap kampung dan mukim masing-masing dibawah perintah Panglima Meugoe dengan Kejrun Blang pada tiap-tiap tempat mereka itu
20. Keduapuluh diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh bahawa tiap-tiap pakaian kain sutera atau benang atau payung dan barang sebagainya yang berupa warna kuning atau warna hijau tidak boleh memakainya kecuali yang boleh memakainya iaitu Kaum Bani Hasyim dan Bani Muthalib yakni sekalian syarif-syarif dan sayed-sayed yang turun menurun silsilahnya daripada Saidina Hasan dan Saidina Husin keduanya anak Sitina Fatimah Zahra Nisa’ Al-Alamin alaihassalam binti Saidina Rasulullah Nabi Muhammad SAW; dan warna kuning dan warna hijau yang tersebut yang dibolehkan memakainya iaitu sekalian kaum keluarga ahli waris Kerajaan Aceh Sultan yang raja-raja dan kepada yang telah diberi izin oleh kerajaan dibolehkan memakainya; kepada siapapun
21. Keduapuluhsatu diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh bahawa jangan sekali-kali memakai perkataan yang hak kerajaan: Pertama titah kedua sabda ketiga Karunia keempat Nugerahi kelima Murka keenam Daulat ketujuh Seri Pada (Paduka) kedelapan Harap Mulia kesembilan Paduka Seri kesepuluh Singgahsana kesebelas Takhta keduabelas Duli Hadrat ketigabelas Syah Alam keempatbelas Seri Baginda kelimabelas Permaisuri keenambelas Ta
Maka demikianlah sabda muafakat yang sahih-sah muktamad daripada Kerajaan Aceh Bandar Darussalam adanya.
Maka hendaklah menyampaikan sabda muafakat keputusan kerajaan kami oleh Hulubalang Menteri kami kepada sekalian rakyat kami ke seluruh Aceh iaitu daerah-daerah dan mukim-mukim dan kampung-kampung dan dusun-dusun timur dan barat tunong dan baruh kepada sekalian imam-imam dan kejrun-kejrun dan datuk-datuk dan kechik-kechik dan wakil-wakil dan sekalian orang yang tuha-tuha dan muda-muda dan sekalian orang yang ada jabatan masing-masing besar dan kecil menurut kadarnya dan ilmunya;
Iaitu mudah-mudahan insya Allah ta’ala dapat selamat bahagia sekalian umat manusia dalam negeri Aceh Bandar Darussalam khasnya dan Aceh jajahan takluk amnya iaitu siapa menjadi manusia yang baik dan berkelakuan yang baik serta tertib sopan majlis dan hormat mulia yang sempurna dengan berkat syafaat Nabi SAW supaya terpeliharalah bangsa kami Aceh dan negeri kami Aceh daripada mara dan bahaya dengan selamat sejahtera bahagia sepanjang masa dan jauh daripada lembah kehinaan dan kesusahan sepanjang hidup;
Supaya terpeliharalah negeri kami Aceh dan alam kami Aceh dan bangsa kami Aceh dengan usaha yang banyak supaya dapat mesra kesenangan bersama-sama iaitu antara rakyat dengan kerajaan dengan bersatu seperti nyawa dengan jasad serta dengan taqwa dan tawakkal kepada Allah ta’ala dengan menahan sabar daripada kepayahan maka tentu akhirnya insya Allah ta’ala dapat jadi kebajikan bersama-sama dengan saudara-saudara Islam yang dalam negeri Aceh dengan berkasih-kasihan dengan mengikut Syarak Allah dan Syarak Rasul dan Syarak Kerajaan.
Sanah 1272 Hijriah
-------------------------
Maka sesudah habis mendengar khabar ulamak maka menangislah Seri Baginda Sultan sebab kerana sayangnya kepada umat manusia pada akan datang serta Seri Baginda dalam tangisannya mengucap sabda dengan kata syair yang amat dalam maksudnya lagi nasihat yang sangat baik tujuannya dan amat luas maknanya iaitu inilah bunyinya syair nazamnya inilah:
Bismillahirrahmanirrahim
Jituka alim dengan jahil;
Jituka adee dengan inaya
Jituka murah dengan bakhil;
Cita akan zahir bak raja-raja
Jituka taat dengan maksiat;
Jiboh aniek mit keu ureung tuha
Jituka yang la jimita yang mit;
Tamsee aneuk mit yang tuha-tuha
Jituka iman jitung murtad;
Asai na pangkat megah ngon kaya
Jituka yang trang jitung yang seupot;
Jitem meureubot tuwo keu desya
Jituka makmu jitem tung deuk troe;
Ureung yang bako tekala wala
Jituka senang jitem tung susah;
Peuget fitnah meuseunoh kadar
Jituka megah jitung hinaan;
Inong ngon agam male jih hana
Jituka luwah jitem tung picek;
Tanda mubaligh keurajeun raja
Jituka qanaah jitem lubha;
Alamat tanda akai tan lisik
Jituka sihat jitung peunyaket;
Jitem meusaket dengan hareuta
Jituka aman jitem tung kacho;
Nibak bala pebala dengan saudara
Ouh akhee nanggroe lee that ban macam;
Saboh yang asai saboh yang hana
Dalam syuruga hideh yang asai;
Penolong Tuhan kemukmin dumna
Yang dalam donya sinoe tan asai;
Meunajih badan meubah rupa
More readings on Sanusi Junid's blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment