Wednesday

Kampung Bitai, Banda Aceh


Anthony Reid, “Sixteenth Century Turkish Influence In Western Indonesia” dlm Journal of South-East Asian History, jil. 10, No. 3 1969, hlm 398. Menurut C. Snouck Hurgronje, (The Achehnese. vol II. Translated by A.W.S. O’Sullivan. E. J. Brill, Leiden, 1906, hlm. 209) bahawa perkataan Bitai dalam bahasa Aceh adalah berasal dari perkataan Baitulmuqadis yang diringkaskan kerana pengasas zawiyah Bitai adalah berasal keturunan Syria-Turki Menurut Allahyarham Abu Dahlan al-Fairusy al-Baghdady (Temubual, 2005, Perpustakaan Kuno Zawiyah Tanoh Abee, Sileummum, Aceh Besar 2hb. Feb) zawiyah Bitai dipimpin oleh keturunan orang Palestin yang berasal dari darah campuran Syria-Turki dari susurgalur keturunan Rasulullah s.a.w. Pemerhatian di lapangan telah menemukan keseluruhan zawiyah ini hancur akibat tsunami pada 26hb Dis 2004 meyebabkan tidak dapat data yang lengkap darinya. Yang selamat hanya salah seorang anak perempuan dari keturunan Abu Bitai dan kini dipelihara oleh al-Marhum Abu Dahlan sebagai anak angkat.

1 comment: